10 PEMAIN BOLASEPAK DENGAN YURAN PERPINDAHAN TERBESAR
10 PEMAIN BOLASEPAK DENGAN YURAN PERPINDAHAN TERBESAR
Permainan bolasepak adalah salah satu permainan kegemaran dan sentiasa menjadi tumpuan ramai. Kelab-kelab terkemuka dunia seperti Real Madrid, Barcelona, Manchester United, Manchester City dan banyak lagi kelab lain sentiasa membelanjakan banyak wang untuk membeli pemain-pemain yang ternama. Berikut adalah senarai 10 pemain termahal dalam sejarah bolasepak.
1. CRISTIANO RONALDO
Lahir di Funchal, Madeira, Portugal pada 5 Februari 1985. Merupakan pemain bolasepak yang berasal dari Portugal. Dia memecahkan rekod perpindahan sebanyak 80 juta poundsterling ketika berpindah dari Manchester United ke Real Madrid pada tahun 2009.
2. ZLATAN IBRAHIMOVIC
Lahir di Malmo, Sweden pada 3 Oktober 1981. Merupakan pemain bolasepak Sweden yang menguatkan A.C.Milan di Serie A Itali sejak Ogos 2012. Dia berpindah dari Inter Milan ke Barcelona dengan 60.8 juta poundsterling pada tahun 2009.
3. KAKA
Lahir di Brasilia, Brazil pada 22 April 1982 dan kini menjadi pemain Real Madrid. Yuran perpindahan beliau adalah sebanyak 59 juta poundsterling ketika berpindah dari AC Milan ke Real Madrid pada tahun 2009.
4. FERNANDO TORRES
Lahir di Fuenlabrada, Sepanyol pada 20 Mac 1984 merupakan pemain Sepanyol yang mempunyai gelaran El Nino. Dia berpindah dari Liverpool ke Chelsea pada tahun 2011 dengan kos sebanyak 50 juta poundsterling.
5. ZINEDINE ZIDANE
Lahir di Marseille, Perancis pada 23 Jun 1972. Popular dengan panggilan Zizou dan merupakan pemain Perancis berketurunan Aljazair. Dia berpindah dari Juventus ke Real Madrid pada tahun 2001 dengan kos sebanyak 47.7 juta poundsterling.
6. LUIS FIGO
Lahir di Lisbon, Portugal pada 4 November 1972. Merupakan pemain Portugal yang kini bertindak sebagai penolong pelatih bagi Inter Milan. Dia bertukar sebanyak 37.4 juta poundsterling ketika berpindah dari Barcelona ke Real Madrid pada tahun 2000.
7. HERNAN CRESPO
Lahir di Florida, Argentina pada 5 Julai 1975. Kini sebagai pemain AC Parma di Serie A Itali. Dia berpindah dengan yuran perpindahan sebanyak 35.7 juta poundsterling ketika berpindah dari Parma ke Lazio pada tahun 2000.
8. ANDY CARROLL
Lahir di Gateshead, England pada 6 Jan 1989. Merupakan pemain bolasepak England yang kini bermain di Newcastle United di posisi penyerang. Dia berpindah dari Liverpool ke Newcastle United pada tahun 2011 dengan yuran perpindahan sebanyak 35 juta poundsterling.
9. DAVID VILLA
Lahir di Langreo, Sepanyol pada 3 Dec 1981. Merupakan pemain Sepanyol dan merupakan penyerang bagi Barcelona. Perpindahan beliau bernilai 34.2 juta poundsterling ketika berpindah dari Valencia ke Barcelona pada tahun 2010.
10. GIANLUIGI BUFFON
Lahir di Carrara, Itali pada 28 Januari 1978. Merupakan pemain bolasepak Itali dan sekarang bermain untuk Juventus. Buffon merupakan penjaga gol utama dalam pasukan Itali. Dia dibeli Juventus dari Parma dengan rekod perpindahan sebanyak 33 juta poundsterling.
10 PEMAIN BOLASEPAK DENGAN YURAN PERPINDAHAN TERBESARdapatkan info sukan bolasepak di espnstar dan sokernet











No comments:
Post a Comment