Total Pageviews

Thursday, 19 April 2012

Wang Kertas Malaysia Siri Baharu

Keunikan Malaysia Wang Kertas Malaysia Siri Baharu Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ciri-ciri Am Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional. Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia. Spesifikasi Teknikal Denominasi Substrat Ukuran Warna RM100 Kertas 150mm X 69mm Ungu RM50 Kertas 145mm X 69mm Hijau-biru RM20 Kertas 145mm X 65mm Jingga RM10 Kertas 140mm X 65mm Merah RM5 Polimer 135mm X 65mm Hijau RM1 Polimer 120mm X 65mm Biru

No comments:

Post a Comment